suria

Alibaba Lancarkan Festival Membeli Belah Global 24 Jan

KUALA LUMPUR: The Alibaba Group telah melancarkan Festival Membeli Belah Global 11.11 selama 24 jam buat pertama kalinya di Malaysia, menawarkan diskaun sehingga 50 peratus dan yuran perkapalan antarabangsa bermula dari sifar ringgit.

Gergasi e-dagang China itu, berkata pembeli Malaysia yang menggunakan kemudahan e-perbankan juga akan dapat menikmati pembayaran balik tunai sebanyak RM30 dengan pembelian minima berjumlah RM300 ke atas Taobao, salah satu daripada pasaran dalam taliannya yang terunggul.

"Malaysia merupakan pasaran terpenting bagi kumpulan dan kami mendapati bahawa pengguna China meminati produk-produk Malaysia seperti snek dan kopi," kata Pengurus Pembangunan Perniagaan Asia Tenggara Tmall World Kumpulan Alibaba, Cici Cai selepas melancarkan festival itu di sini, Rabu.

Selain daripada pasaran Tmall Alibaba dan Taobao, para pengguna Malaysia juga boleh membeli melalui platform Lazada di bawah 'Koleksi Taobao'.  Kumpulan Alibaba mempunyai 83 peratus kepentingan dalam Lazada.

Festival membeli belah global selama 24 jam itu akan menyaksikan pengguna di seluruh dunia menikmati promosi dan tawaran daripada 15 juta senarai produk dan 140,000 jenama.

Tahun lepas, hampir 100,000 peniaga menyertai acara membeli-belah global dengan para pengguna membelanjakan sebanyak US$17.79 bilion (AS$1 = RM4.23) dalam tempoh 24 jam.-- Bernama   



Alibaba

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain