Projek LNG Perak Bernilai RM160 Juta Dijangka Siap Menjelang 2019 - Niaga | mStar

Projek LNG Perak Bernilai RM160 Juta Dijangka Siap Menjelang 2019

IPOH: Kerajaan Negeri Perak menjangkakan pembinaan jaringan paip gas asli cecair (LNG) sejauh 140 kilometer dari Ayer Tawar, Manjung ke Lembah Kinta yang bernilai RM160 juta siap sepenuhnya menjelang 2019.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata projek LNG itu bakal membawa perubahan bagi pembangunan industri di Lembah Kinta serta memberi manfaat kepada kira-kira 53 industri sedia ada di kawasan sekitar.  "Penyiapan projek itu akan dibuat mengikut fasa mulai daripada suku keempat 2018 sehingga ke suku ketiga 2019.

"Pembinaan paip LNG ini dilihat sebagai satu perkembangan yang amat positif untuk negeri serta industri-industri yang ada di dalamnya menjadikannya lebih kompetitif serta berdaya saing," katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Tahunan Ke-49 Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FFM), di sini.

Zambry berkata kerajaan negeri melabur sejumlah RM10 juta bagi projek LNG tersebut manakala Kerajaan Persekutuan sebanyak RM50 juta dan selebihnya daripada Malaysia Gas Berhad.

Menurutnya, projek itu membuktikan kerajaan negeri amat komited dalam menjadikan Perak sebagai antara hab pelaburan terbesar di Malaysia.

“Kita amat alu-alukan projek ini kerana secara tidak langsung ia akan memberi keuntungan kepada banyak pihak di mana ia mengurangkan kos operasi melibatkan pelbagai industri,” katanya.

Artikel Sebelum

Galaxy S8 Dahului Senarai Telefon Pintar Terbaik

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.