suria

TNB Bawa Cahaya Deepavali Kepada Ibu Tunggal

BAGAN DATUK: Seorang ibu tunggal dari Kampung Timah, Hutan Melintang merasa terharu apabila menerima rumah yang siap dibaik pulih di bawah Projek Mesra Rakyat (PMR) sumbangan Tenaga Nasionaal Berhad (TNB).

Pemberian itu membawa cahaya kepadanya dan keluarganya yang akan menyambut Deepavali minggu depan.

“Sebelum ini rumah yang saya duduk hampir empat dekad banyak yang rosak dan atapnya bocor. Ada bahagian rumah yang reput dan dimakan anai-anai.

"Sekarang semuanya sudah dibaiki. Sangat selesa. Banyak terima kasih pada TNB," kata K.Chellamah, 62, setelah menerima rumah itu yang disempurnakan Ahli Lembaga Pengarah TNB. Datuk A. Sakthivel.

Turut hadir pada majlis itu Pengurus Besar (Perkhidmatan Pelanggan) Perak, Bahagian Pembahagian TNB, Datuk Raja Abd Jalil Raja Zaid.

Chellamah tidak mempunyai pendapatan tetap dan tinggal bersama menantu perempuan dan lima orang cucu yang masih bersekolah.

Seorang lagi warga emas dari Kampung Ramasamy  Dovenby, Sungai Siput Utara yang kediamannya musnah dalam kebakaran Mac lalu  turut menerima rumah PMR .

Raja Abd Jalil berkata tiga buah rumah di Perak di baik pulih di bawah projek PMR tahun ini.

"Kerja membaik pulih bermula pertengahan tahun ini dan kini rumahnya telah diserahkan kepada pemilik," katanya.

Tahun ini TNB telah membaik pulih 25 buah rumah dengan anggaran kos RM750,000 dan sebanyak 96 buah rumah dibaiki pulih di seluruh negara sejak PMR diperkenalkan pada 2012.

Artikel Sebelum

Artikel Lain