suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Model Iriz Dipertingkat Kini Di Pasaran

Proton Iriz.

KUALA LUMPUR: Proton Holdings Bhd secara rasmi memperkenalkan Proton Iriz yang dipertingkat pada Isnin dan kereka itu boleh diperoleh di semua bilik pameran di seluruh negara.

Dalam satu kenyataan, Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Ahmad Fuaad Kenali berkata, Proton Iriz baharu itu mempunyai tahap bunyi dan getaran yang lebih rendah, petunjuk bantuan pemanduan eko dan kalibrasi unit kawalan enjin yang dipertingkat bagi tindak balas linear untuk meningkatkan pemanduan.

"Kami tidak akan berkompromi dengan standard dan ciri-ciri keselamatan dan Iriz terkenal kerana ciri-ciri keselamatannya yang cemerlang.

"Sejak diperkenalkan pada September 2014, kami telah menjual lebih 45,000 unit, menjadikannya kereta Proton kedua paling laris sejak memulakan pengeluaran, selepas Saga," katanya.

Iriz dikeluarkan dalam empat varian, iaitu 1.3L Standard (MT dan CVT), 1.3L Executive CVT dan 1.6L Premium CVT.

Dijual dengan harga daripada RM43,800 hingga RM58,800 seunit, ia boleh didapati dalam lima warna, iaitu Ruby Red, Carnelian Brown, Graphite Grey, Atlantic Blue dan Cotton White. - BERNAMA

Proton Iriz

Artikel Lain