Untung Sebelum Cukai RHB Susut - Niaga | mStar

Untung Sebelum Cukai RHB Susut

rhb

KUALA LUMPUR: Keuntungan sebelum cukai RHB Bank Bhd bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2017 berkurangan kepada RM658.27 juta berbanding RM755.27 juta dicatatkan pada suku sama pada 2016.

Perolehan merosot kepada RM2.61 bilion berbanding RM2.71 bilion sebelum ini, katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Selasa.

Keuntungan sebelum cukai yang rendah pada suku pertama itu disebabkan elaun yang tinggi bagi pinjaman dan pembiayaan serta perbelanjaan operasi yang tinggi, sebahagiannya diimbangi oleh pendapatan pembiayaan bersih yang tinggi, menurut RHB Bank dalam kenyataan berasingan hari ini.

Pembiayaan dan pinjaman kasar berkembang pada kadar tahunan sebanyak 7.2 peratus, didorong terutamanya oleh pertumbuhan portfolio perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Bahagian pasaran bagi PKS terus meningkat kepada 8.9 peratus, sehingga pada Mac 2017, berbanding 8.8 peratus pada Disember 2016, katanya.

Pengarah Urusan Kumpulan Perbankan RHB Datuk Khairussaleh Ramli dalam kenyataan berkata usaha pengurusan kos bidang kumpulan mencatatkan nisbah kos dengan pendapatan yang lebih baik kepada 48.9 peratus, berbanding 50 peratus dicatatkan pada tahun kewangan 2016.

"Kumpulan beralih daripada suku keempat pada 2016 yang mencabar dan mencatatkan keuntungan yang lebih baik pada tempoh semasa. Kami menjangka prestasi yang lebih baik pada tahun ini berbanding 2016, berikutan kami berhati-hati terhadap sebarang halangan dalam persekitaran operasi," katanya.

Khairussaleh berkata portfolio perbankan Islam dan PKS bank mengekalkan prestasi kukuh mereka pada suku pertama 2017, manakala komposisi akaun simpanan dan semasanya terus kukuh.

Kumpulan Perbankan RHB adalah kumpulan perkhidmatan kewangan bersepadu sepenuhnya yang keempat terbesar di Malaysia.

Perniagaan teras kumpulan itu terdiri daripada tujuh perniagaan utama, iaitu perbankan runcit, perbankan perniagaan dan transaksi, perbankan borong, operasi perniagaan Singapura, perniagaan Syariah, insurans dan perniagaan antarabangsa.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Harga Gula Kekal

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain