suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Scomi, Synergy Generated Bentuk Syarikat Usaha Sama Tenaga Boleh Baharu

KUALA LUMPUR: Scomi Group Bhd memeterai perjanjian usaha sama dengan Synergy Generated Sdn Bhd (SGSB) untuk membentuk syarikat usaha sama bagi membida kontrak kejuruteraan, pemerolehan dan pembinaan dalam sektor tenaga boleh baharu, terutamanya bagi ladang fotovoltaik solar.

Dalam kenyataan pada Rabu, Scomi berkata syarikat usaha sama itu juga akan menawarkan perkhidmatan penyelenggaraan dan operasi bagi projek solar.

"Scomi memegang kepentingan majoriti dalam syarikat usaha sama ini dengan 51 peratus kepentingan dan SGSB memegang baki saham," katanya.

Scomi merupakan syarikat teknologi global yang menumpukan kepada sektor tenaga dan pengangkutan.

Synergy Generated menawarkan penyelesaian yang unik, menjimatkan kos dan inovatif bagi penjanaan tenaga fotovoltaik solar berskala besar.

Ia juga merupakan pemaju utama, pemilik dan pengendali loji tenaga solar di Setiu, Terengganu. 

Artikel Berikut

Artikel Lain