suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Repsol Oil & Gas Dapat Projek Paltform Minyak Bernilai RM600 Juta

LABUAN: Repsol Oil and Gas Malaysia Ltd mendapat kontrak bernilai kira-kira RM600 juta bagi membina dua platform minyak.

Platform berkenaan akan dibina di Peninsular Malaysia 3 (PM3) berhampiran sempadan Vietnam dan di Medan Kinabalu di luar perairan Sabah.

Pengurus Besar Kanan Komunikasi, Perhubungan Kerajaan dan Komuniti syarikat Farid Jaafar berkata projek itu juga termasuk pembinaan telaga penggerudian dan kerja-kerja projek tersebut akan bermula, masing-masing pada akhir tahun dan awal tahun depan.

Beliau berkata projek-projek itu dijangka menawarkan peluang pekerjaan dan  perniagaan kepada penduduk tempatan.

"Walaupun dengan kelembapan sektor minyak dan gas, Repsol masih berkembang berikutan komitmen dan strategi perniagaan kami," katanya.

Farid berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan anugerah Motivasi dan Inisiatif Repsol bagi pelajar cemerlang UPSR dan PT3 dalam kalangan komuniti nelayah di sini, Rabu.

Beliau berkata syarikat tidak melaksanakan pengurangan atau pemberhentian pekerja.

Artikel Berikut

Artikel Lain