suria

TV 4K Samsung Semakin Popular

KUALA LUMPUR: Televisyen ultra definisi tinggi (4K) Samsung Malaysia Electronics Sdn Bhd menjadi trend yang popular dalam isi rumah moden.

Dalam kenyataan pada Jumaat, Samsung Malaysia berkata, TV tersebut mempunyai empat kali ganda jumlah piksel dalam TV definisi tinggi penuh.

"Ini membolehkannya untuk memaparkan imej yang sama dengan lebih terperinci dan jelas," katanya.

Samsung Malaysia berkata TV baharunya itu, dengan teknologi 'Quantum dot display', menghasilkan kualiti gambar yang tampak lebih hidup.

"Ia mendapat pujian atas keupayaannya untuk memaparkan walaupun butiran paling kecil pada skrinnya.

"Kualiti gambar yang amat baik itu menganugerahkan TV terkini Samsung itu pensijilan 4K," katanya.

Syarikat itu berkata kempen 'Unbox the Wonders of Home' menawarkan rebat dan hadiah percuma.-- Bernama


Samsung, 4K

Artikel Sebelum

Artikel Lain