suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Maybank Menang Empat Anugerah Nacra

KUALA LUMPUR: Malayan Banking Bhd (Maybank), memenangi 'Anugerah Platinum Kecemerlangan Keseluruhan' bagi tahun kedua berturut-turut, dan turut memenangi tiga anugerah lain pada majlis penyampaian Anugerah Laporan Korporat Tahunan Kebangsaan (Nacra) 2016 yang diadakan pada Khamis.

Acara tahunan itu yang dianjurkan bersama oleh Bursa Malaysia Bhd, Institut Akauntan Malaysia dan Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia bertujuan untuk menggalakkan kecemerlangan dalam pelaporan korporat dan akauntabiliti oleh organisasi masing-masing dalam laporan kewangan mereka.

Maybank turut menerima anugerah platinum bagi 'Pelaporan Tanggungjawab Sosial Korporat Terbaik', anugerah perak bagi 'Pelaporan Keterangkuman dan Kepelbagaian Terbaik' dan 'Anugerah Kecemerlangan Industri' bagi Syarikat Papan Utama dalam Kewangan.

Timbalan Pengerusi Khazanah Nasional Berhad, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop menyampaikan anugerah tersebut kepada wakil syarikat masing-masing.

Pengerusi Penganjur Loh Lay Choon dalam ucapannya berkata industri perlu bersiap sedia menghadapi perubahan dan mewujudkan kesedaran untuk mencapai tahap ketelusan dan akauntabiliti tinggi dalam pelaporan.

Sementara itu, anugerah emas bagi 'Laporan Tahunan Kecemerlangan Keseluruhan' diraih oleh Telekom Malaysia Bhd manakala CIMB menerima anugerah perak.-- Bernama


Maybank, Nacra

Artikel Berikut

TV 4K Samsung Semakin Popular

Artikel Lain