suria

Malindo Air Dipilih Syarikat Penerbangan Serantau Asia Pasifik 2016

KUALA LUMPUR: Malindo Air dipilih sebagai Syarikat Penerbangan Serantau Terbaik 2016 pada Anugerah Kecemerlangan Penerbangan Asia Pasifik Capa yang berlangsung di Singapura Selasa malam, sempena Sidang Kemuncak Asia Pasifik Capa.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Chandran Rama Muthy berkata anugerah itu mengesahkan dedikasi pasukan Malindo Air di rantau ini, yang memastikan ia kekal kompetitif dalam industri.

"Kami bangga dengan produk dan perkhidmatan kami dan sentiasa meningkatkan motovasi sendiri untuk melepasi jangkaan.

"Menerusi pembesaran rangkaian di benua Asia dan Australia, kami menerima perakuan global atas perkhidmatan premium dalam penerbangan dan keselesaan yang tidak dapat dipertikaikan pada kadar penerbangan ekonomi," katanya dalam satu kenyataan.

Syarikat penerbangan itu sebelum ini memenangi Anugerah Syarikat Penerbangan Terbaik (Penumpang) pada Anugerah KLIA 2014 dan Syarikat Penerbangan Terkemuka  2015 oleh Travelport. 

Bagi meraikan kejayaan penting ini, Malindo Air kini menawarkan satu juta tempat duduk promosi dengan tambang bermula daripada RM69 sehala, semua inklusif, bagi kelas ekonomi KLIA/Subang ke destinasi domestik terpilih.

Promosi ditawarkan mulai sekarang hingga 27 November 2016 bagi tempoh perjalanan antara 1 Januari dan 30 September 2017.-- Bernama


Malindo Air, Capa

Artikel Lain