suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Keuntungan Sebelum Cukai Taliworks Dalam Suku Ketiga Naik

KUALA LUMPUR: Keuntungan sebelum cukai Taliworks Corp Bhd untuk suku ketiga yang berakhir pada 30 Sept 2016 naik kepada RM26 juta daripada  RM17.38 juta yang direkodkan dalam tempoh yang sama setahun sebelum ini.

Pendapatan meningkat kepada RM83.80 juta daripada RM73.74 juta, ia banyak  disumbangkan oleh perniagaan perawatan air, pembekalan dan pengedaran serta kutipan tol, katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Rabu.

Pengarah Eksekutif Taliworks Datuk Ronnie Lim, berkata kumpulannya akan terus berusaha bagi menyampaikan prestasi yang kukuh dengan pertumbuhan pendapatan termasuk mengintai peluang pengambilalihan dan penggabungan (M and A) yang berdaya maju.

"Prospek M and A tersebut mesti sesuai dengan kriteria pelaburan kami bagi mencipta kebolehlihatan pendapatan dan nilai untuk para pemegang saham kami di masa hadapan," katanya.

Artikel Lain