10,000 PKS Malaysia Tersenarai Dalam Platform Alibaba - Mustapa - Niaga | mStar

10,000 PKS Malaysia Tersenarai Dalam Platform Alibaba - Mustapa

KUALA LUMPUR: Sehingga kini terdapat 10,000 syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) negara ini tersenarai dalam platform syarikat terkemuka antarabangsa, Alibaba, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Mustapa berkata syarikat PKS yang tersenarai dalam program e-dagang melalui Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) ini penting bagi membolehkan mereka menembusi pasaran luar negara.

"Ini merupakan antara kerjasama ekonomi yang dicapai antara Malaysia dan China yang dijangkakan memberi manfaat kepada usahawan PKS negara ini," katanya pada sesi pentanyaan menteri, di Dewan Rakyat, Khamis.

Beliau menjawab soalan Datuk Nawawi Ahmad (BN-Langkawi) mengenai manfaat  yang boleh diperoleh Malaysia dan rakyat daripada sudut pelaburan, perdagangan dan pekerjaan hasil rombongan dagang ke China baru-baru ini yang dilaporkan akan membawa RM144 bilion pelaburan ke negara ini.

Menjawab soalan tambahan Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu) mengenai pendirian Malaysia dan status Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) susulan kemenangan Donald Trump pada pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS), Mustapa berkata Malaysia berharap AS tidak membuat perubahan radikal mengenai perjanjian berkenaan.

"Kita baca kenyataan (Trump) sebelum ini agak keras, namun kita lihat beberapa pendirian beliau telah berubah.

"Kita berharap ini juga akan berlaku ke atas TPPA. Kita percaya AS, sebagai negara perdagangan, dasarnya tidak banyak berubah...pasti ada perubahan dasar, tetapi tidaklah begitu radikal," katanya.

Beliau juga berkata TPPA akan termasuk dalam agenda persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Peru tidak lama lagi.-- Bernama






Alibaba , Matrade , Mustapa Mohamed , PKS

Artikel Sebelum

Stok Minyak Sawit Meningkat

Artikel Berikut

Pinjaman PUNB Berjumlah RM40 Juta Untuk Bumiputera

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

Artikel Lain