suria

Rockwills Yakin Ke Atas Perancangan Harta Walaupun Ekonomi Mencabar

Saw Leong Aun

KUALA LUMPUR: Rockwills Group, pakar dalam perkhidmatan  wasiat dan amanah di Malaysia dan Singapura, melihat prospek yang lebih baik ke atas perancangan harta walaupun latar belakang ekonomi yang mencabar ketika ini.

Dalam satu kenyataan pada jumaat, syarikat itu berkata ia mampu mengekalkan pertumbuhan dalam perniagaan wasiat dan amanah dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini berbanding tempoh yang sama pada 2015.

Pengarah Urusan Rockwills Group Saw Leong Aun berkata syarikat itu yakin  perniagaan perancangan harta akan terus meningkat walaupun pertumbuhan ekonomi dijangkakan perlahan secara umum untuk tempoh sepanjang tahun.

Selama tempoh kelembapan, orang mula berfikir lebih mendalam mengenai isu melibatkan harta dan pewarisan, seperti apa akan berlaku kepada keluarga atau perniagaan mereka setelah mereka tidak lagi berupaya atau meninggal dunia," kata Saw.

Saw berkata Rockwills juga akan memulakan kempen pengambilan untuk membesarkan pasukan perancang hartanya seramai 4,000 orang.

Perniagaan perancangan harta menawarkan peluang yang lebih besar untuk meluaskan aliran pendapatan seseorang, terutama mereka yang terjejas oleh kelembapan ekonomi, kata Saw.

Artikel Lain