Keuntungan Sebelum Cukai Suku Kedua AirAsia Melonjak - Niaga | mStar

Keuntungan Sebelum Cukai Suku Kedua AirAsia Melonjak

KUALA LUMPUR: AirAsia Bhd, syarikat penerbangan tambang rendah terbesar Asia, mencatatkan keuntungan sebelum cukai lebih tinggi pada  RM253.81 juta bagi suku kedua yang berakhir pada 30 Jun, 2016 daripada RM48.76 juta pada suku yang sama tahun lepas.

Perolehan berjumlah RM1.62 bilion atau 23 peratus lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya dan kos bahan api yang lebih rendah.

"Perolehan yang kukuh disokong oleh pertumbuhan 10 peratus dalam jumlah penumpang, manakala tambang purata naik 8.0 peratus pada RM153 berbanding RM141 pada suku yang sama tahun lepas," katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Selasa.

AirAsia berkata pertumbuhan keuntungan bersih disumbangkan oleh pertumbuhan perolehan semasa suku berkenaan sebanyak 23 peratus, terutamanya disebabkan oleh kenaikan dalam pendapatan operasi pajakan dan 24 peratus pengurangan dalam harga bahan api purata daripada US$78 setong pada suku kedua 2015 kepada US$59 setong pada suku kedua pada 2016.

Ketua Eksekutif AirAsia Group Tony Fernandes berkata: "Di Malaysia, permintaan kekal kukuh dan kami menjangka ini akan bertambah baik pada suku-suku akan datang setelah sentimen pengguna semakin meningkat dalam ekonomi domestik.

"Penumpang dari India memasuki Malaysia berkembang 34 peratus berbanding tahun ke tahun dan ini menunjukkkan jenama kami mengukuh di pasaran India setelah kami menambah penerbangan domestik dan antarabangsa di sana," katanya dalam satu kenyataan.

Pasaran India serta China dan Asean akan menjadi penting kepada pertumbuhan  AirAsia memandangkan ia merupakan satu-satunya syarikat penerbangan yang menghubungkan China ke Asean ke India melalui rangkaiannya yang kukuh.

AirAsia , Bursa Saham

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain