suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Axiata Sediakan Perbelanjaan Modal RM6 Bilion

KUALA LUMPUR: Syarikat pembekal telekomunikasi, telah menyediakan perbelanjaan modal yang lebih tinggi iaitu sebanyak RM6 bilion bagi tahun kewangan semasa berakhir 31 Dis 2016 berbanding RM5.7 bilion dalam tahun sebelum ini.

Pengarah Urusan/Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tan Sri Jamaludin Ibrahim berkata perbelanjaan modal itu akan dipakai bagi meluaskan perkhidmatan evolusi jangka panjang (LTE) di Malaysia, Indonesia dan Bangladesh.

"Kami sedang meningkatkan kualiti rangkaian terutama yang berkaitan dengan  4G di semua negara-negara ini (Malaysia, Indonesia dan Bangladesh)," katanya kepada pemberita selepas mengumumkan keputusan kewangan kumpulan dalam suku kedua di sini, Rabu.

Jumlah perbelanjaan modal itu, bagaimanapun, tidak termasuk yuran spektrum, katanya.

Pegawai Kewangan Kumpulan, Chari TVT ketika menjelaskan perkara ini, berkata daripada jumlah tersebut, kira-kira RM1.5 bilion akan dibelanjakan di Malaysia, lebih tinggi sedikit berbanding hanya RM850 juta dalam tahun lepas.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain