Sijil Audit Bersih Bukti TH Diurus Dengan Baik - Niaga | mStar

Sijil Audit Bersih Bukti TH Diurus Dengan Baik

KANGAR: Pemberian sijil audit bersih kepada Tabung Haji (TH) oleh Ketua Audit Negara bagi 2015 menunjukkan urus tadbir, ketelusan dan kecekapan agensi itu tidak boleh ragui.

Ketua Pegawai Operasi TH, Datuk Adi Azuan Abdul Ghani berkata, pengauditan oleh Jabatan Audit Negara terhadap agensi itu dibuat sepanjang tahun dan keputusannya dikeluarkan baru-baru ini.

Menurutnya, kejayaan TH mencatat keuntungan tertinggi tahun lepas, iaitu pencapaian terbaik sejak ditubuhkan, turut mencerminkan pengurusan baik dan cekap agensi berkenaan.

"Sektor saham menjadi penyumbang tertinggi berbanding sektor lain yang diceburi TH tahun lepas selain sentiasa berusaha mencari peluang pelaburan baharu yang menguntungkan," kata Adi Azuan.

Beliau ditemui pemberita selepas menyampaikan sumbangan Program Ehsan TH iaitu tangunggjawab sosial korporatnya berjumlah RM43,000 kepada 86 orang asnaf di Perlis di sini, Rabu.

Katanya, TH membuat kajian mendalam sebelum membuat pelaburan agar terus meraih keuntungan supaya subsidi menunaikan haji dapat diberikan kepada jemaah setiap tahun.

Menurutnya, TH menanggung subsidi RM7,290 bagi setiap jemaah yang bermakna mereka hanya membayar RM9,980 walaupun kos menunaikan haji telah meningkat kepada RM17,270 seorang.

"Saya ingin menjelaskan bahawa setiap pelaburan TH seperti dalam sektor perladangan, hartanah, kewangan Islam, takaful dan urus niaga saham adalah patuh syariah.

"Pendeposit tidak perlu bimbang. Kedudukan TH adalah kukuh. Saya harap mereka tidak akan terpengaruh dengan tohmahan terhadap TH," katanya.

Menurut Adi Azuan, pendeposit yang menutup akaun dan membatalkan pendaftaran haji dan apabila membuka semula dikira sebagai akaun baru dan pendaftaran haji mereka sebelum itu terbatal.

Ketika berucap sebelum itu beliau berkata, TH memperuntukkan RM2.2 juta bagi melaksana Program Ehsan TH sempena Ramadan tahun ini dengan sumbangan RM500 seorang kepada 4,408 asnaf di seluruh negara.

Katanya TH sentiasa beriltizam untuk menunaikan tanggungjawab sosial korporatnya dalam membantu umat Islam, khususnya ibu tunggal, bapa tunggal, warga emas dan anak-anak yatim.

Tabung Haji

Artikel Sebelum

1MDB Bayar Kompaun Pentadbiran Oleh BNM

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain