suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

1MDB Bayar Kompaun Pentadbiran Oleh BNM

KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Bhd (1MDB) mengesahkan ia telah membuat bayaran penuh kompaun pentadbiran, dalam mematuhi keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) pada Rabu.

Tarikh akhir bagi pembayaran itu ialah pada 30 Mei.

1MDB dalam satu kenyataan berkata ia menerima dan menghormati kuasa dan keputusan BNM untuk mengenakan kompaun pentadbiran kerana gagal mematuhi arahan tertentu dan penamatan siasatan ke atasnya.

Bank pusat pada 28 April, mengeluarkan surat kompaun pentadbiran kepada 1MDB, kerana gagal mematuhi arahan yang dikeluarkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.

Ini termasuk keperluan bagi 1MDB untuk menghantar balik wang yang dikirim ke luar negara berikutan pembatalan tiga kelulusan yang diberikan oleh BNM kepada 1MDB masing-masing pada 2009, 2010 dan 2011.

BNM berkata 1MDB jugagagal mengemukakan bukti dan dokumen yang ditetapkan oleh bank itu untuk memberikan alasan yang kukuh berhubung ketidakupayaan untuk mematuhi sepenuhnya arahan penghantaran balik tersebut.

1MDB

Artikel Lain