suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Unit Weststar-Finmeccanica Meterai Perjanjian Usaha Sama

KUALA LUMPUR: Global Komited Sdn Bhd, anak syarikat Weststar Defence Industries, menandatangani perjanjian usaha sama dengan Finmeccanica Helicopter Division yang berpusat di Itali.

Perjanjian itu bertujuan mempromosi, memasarkan serta menyerahkan helikopter tentera laut AW159 Finmeccanica kepada Kerajaan Malaysia.

Perjanjian itu ditandatangani pada Persidangan dan Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia 2016 oleh Pengarah Urusan Kumpulan Weststar Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim dan Naib Presiden Finmeccanica Helicopter Division bagi Asia Pasifik Andrew G. Symonds.

Disaksikan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, usaha sama itu akan memenuhi keperluan peperangan antikapal selam Tentera Laut Diraja Malaysia.

Syed Azman berkata industri penerbangan dicergaskan oleh helikopter generasi baharu yang dilengkapi teknologi canggih.

"Cabang perkhidmatan helikopter Weststar Aviation Services, memperoleh manfaat besar daripada operasi kumpulan pesawat moden.

"Kekuatan kumpulan helikopter kami dipenuhi oleh helikopter Finmeccanica AW139 dan AW189," katanya.

Beliau berkata Weststar kini mengendalikan kumpulan terbesar helikopter generasi baharu AW139 Finmeccanica di Asia Tenggara.-- Bernama


Artikel Lain