suria

Le Mires Unjur Jualan V-Shapes Cecah RM15 Juta Tahun Ini

MIRESCO Network Sendirian Berhad, pengeluar dan pengedar produk kecantikan wajah jenama Le Mires menyasarkan unjuran jualan produknya berjumlah RM15 juta tahun ini.

Sasaran syarikat Bumiputera itu diletakkan berasaskan keyakinan bahawa produk Le Mires terutamanya produk semburan wajah V-Shape yang mampu menghasilkan kesan serta-merta ke atas wajah pemakainya.

Menurut Pengarah Urusannya, Dr. Mohd Ihsan Che Mohd Noh, produk V-Shape yang baru diperkenalkan mendapat reaksi menggalakkan dan sambutan daripada pengguna cukup positif yang setakat ini dipasarkan menerusi atas talian.

“Kita sememangnya menghasilkan produk yang sangat berkualiti dan mematuhi tahap piawaian kesihatan dimana produk Le Mires dijamin selamat tanpa bahan berbahaya kerana kami menggunakan bahan-bahan asli 100 peratus daripada tumbuh-tumbuhan seperti ekstrak bunga Water Lily, Strawberry Calyx, bunga Pasque dan akar pokok padi," katanya.

Tambah beliau, Le Mires juga mengorak langkah untuk memasuki pasaran dengan lebih agresif menerusi pelantikan dua artis tempatan iaitu Maya Matahari dan Siti Norsaida Tarudin atau Saida yang bertindak sebagai Jurucakap Produk Le Mires.

“Kita berterima kasih kepada kedua-dua artis Maya Matahari dan Saida kerana menaruh keyakinan dan kepercayaan kepada produk Le Mires dan kami memilih mereka berdua kerana kami juga yakin bahawa mereka berdua tetap mempunyai aura yang tersendiri disamping memiliki pengikut dan peminat mereka sendiri," katanya.

Jelas Dr. Mohd Ihsan, produk V-Shape boleh disifatkan sebagai produk yang ajaib kerana kesan penggunaannya serta-merta iaitu dalam tempoh lima minit selepas semburan, ia mampu menghilangkan kedutan pada wajah dan menegangkan kulit wajah sekaligus mengembalikan keanjalan serta keremajaan kulit wajah. 

“Kita mengeluarkan set produk empat dalam satu Le Mires yang didatangkan dalam empat jenis iaitu untuk kegunaan siang dan malam termasuklah krim pencuci muka, semburan wajah V-Shape, krim pelindung wajah untuk kegunaan waktu siang dan krim perawat serta pencerah wajah untuk kegunaan waktu malam”, jelas beliau dalam kenyataan.

Selain itu, kelebihan produk V-Shape juga mampu membentuk semula wajah menjadi lebih tirus dalam tempoh masa segera sebaik digunakan.

Manakala produk-produk lain yang didatangkan bersama di dalam set Le Mires, mampu memberikan hasil pemakaiannya dalam tempoh seawal tiga hari dengan mencerah, melicin, menghilangkan parut, jerawat dan jeragat.

Produk Le Mires turut mendapat kelulusan dan berdaftar dengan Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi nombor notifikasi atau NOT untuk setiap produk yang dihasilkan.

“Kami di Le Mires sememangnya amat memahami akan keperluan pengguna yang amat sensitif dengan segala bahan yang digunakan di dalam produk kosmetik dan kecantikan, justeru itu, kami tidak sesekali berkompromi dalam memastikan hanya bahan-bahan asli dan halal sahaja digunakan di dalam produk kami agar pengguna mendapat manfaat diatas setiap nilai wang yang mereka belanjakan untuk kecantikan diri mereka”.

Sehubungan itu, Miresco Network kini membuka peluang kepada mana-mana pihak yang berminat untuk menjadi pengedar dan juga stokes produk Le Mires bagi meluaskan lagi edaran dan jualannya di pasaran.

Dengan slogan “Keajaiban Kecantikan Sejati”, set empat dalam satu Le Mires dijual di pasaran Semenanjung Malaysia dengan harga RM89.00, manakala di Sabah dan Sarawak RM94.00.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk Le Mires, pengguna boleh layari laman web www.lemires.co.uk atau laman Facebook: le mires London atau lemires_beauty di laman Instagram. Pengguna juga boleh menghubungi talian bebas tol 1300-88-1300 atau di talian 017-3117554.




Miresco Network Berhad, Le Mires

Artikel Lain