suria

Penggunaan Renminbi Oleh Malaysia Meningkat 68 Peratus Sejak 12 Bulan Lepas

KUALA LUMPUR: Penggunaan Renminbi (RMB) oleh Malaysia untuk pembayaran kepada China dan Hong Kong, meningkat 68 peratus dalam tempoh 12 bulan lepas.

Bagi tempoh tiga tahun lepas, penggunaan mata wang itu meningkat 214 peratus.

Ketua Pembayaran dan Pengurusan Tunai (PCM) HSBC Bank Malaysia Bhd Mandeep berkata mengikut kedudukan Swift RMB Tracker, mata wang China itu bergerak dari tempat ketiga kepada kedua sejak Januari 2013, bagi bayaran mengikut nilai mengatasi Ringgit.

"Tracker Swift menunjukkan bahawa walaupun kedudukan di China turun naik, dengan ekonominya dilaporkan perlahan, pasaran di Asia Tenggara seperti Malaysia, telah meningkatkan keupayaan pembayaran dalam RMB, termasuk penubuhan pusat penjelasan RMB," katanya dalam satu kenyataan, Selasa.

Swift RMB Tracker ialah kajian analisis mendalam mengenai tahap perkembangan  Renminbi sebagai mata wang antarabangsa.

Pertumbuhan ini mencerminkan hubungan perdagangan yang luas antara Asia Tenggara dan China, yang merupakan pasaran yang sangat penting bagi rantau ini.

Malaysia dan China mempunyai hubungan ekonomi dan perdagangan yang kukuh dengan jumlah dagangan dua hala bernilai AS$100 bilion. 

Sementara itu, HSBC kekal bank utama di dunia bagi perkhdimatan RMB luar pesisir, dengan peningkatan hasil sebanyak tiga peratus tahun ke tahun dalam  pasaran pertumbuhan yang penting ini.

HSBC juga dipilih sebagai Bank Terbaik Kesluruhan Luar Pesisir bagi perkhidmatan/Produk RMB dalam Tinjauan Asiamoney Offshore RMB 2015, buat tahun kelima berturut-turut.-- Bernama

Renminbi, Swift RMB Tracker

Artikel Lain