suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Elmina Valley Rekodkan 95 Peratus Kadar Pengambilan Sehari

KUALA LUMPUR: Sime Darby Property merekodkan 95 peratus kadar pengambilan dalam sehari selepas ia melancarkan rumah berangkai dua tingkat Elimina Valley.

Syarikat itu berkata 324 daripada 341 unit dalam fasa pertama telah diambil melalui proses pengundian semasa pelancarannya pada Sabtu lepas.

"Pengambilan 95 peratus ini menunjukkan bahawa walaupun pasaran hartanah berhadapan dengan pelbagai cabaran tetapi dengan produk serta harga yang baik, ia akan berupaya menarik pelanggan," kata Pengarah Urusan Sime Darby Property,  Datuk Jauhari Hamidi dalam satu kenyataan pada Isnin.

Rumah tersebut yang terletak di Bandar Elmina yang berkeluasan 2,023 hektar, berharga kira-kira RM600,000 dengan keluasan binaan minimum 1,709 kaki persegi.

Bandar Elmina yang terletak di sepanjang Lebuhraya Koridor Guthrie, mempunyai nilai pembangunan kasar sebanyak RM18 bilion.--Bernama

Artikel Lain