suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Medini Iskandar Malaysia Jangka Terima Pelabur Baharu

ISKANDAR PUTERI: Medini Iskandar Malaysia Sdn Bhd (MIMSB) menjangka menerima pelaburan baharu daripada sebuah syarikat rantau Asia bagi membangunkan projek komersial di zon pertumbuhan ekonominya, Medini Iskandar.

Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ir Khairil Anwar Ahmad berkata, perbincangan dan rundingan sedang berlangsung antara kedua-dua pihak dan berharap ia dapat dimuktamadkan tidak lama lagi.

Katanya, perbincangan itu menandakan Medini Iskandar masih mendapat perhatian pelabur dan tidak terjejas dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang.

"Sebenarnya, ia hanya mengenai bagaimana anda meletakkan posisi dalam ketidaktentuan itu dan kami yang mempunyai ekosistem hampir lengkap seperti sekolah, hospital dan lain-lain kurang menerima tempias," kata Khairil kepada pemberita selepas taklimat mengenai pembangunan Medini Iskandar, di sini, Rabu.

Pada masa ini, satu-satunya pembangunan terbaharu di Medini Iskandar ialah Medini 10, menara pejabat bernilai RM230 juta, yang akan mula dibangunkan Jun ini dan dijangka siap pada 2018.

Sebelumnya itu, zon ekonomi tersebut telahpun menerima pelaburan bagi beberapa pembangunan bercampur daripada syarikat-syarikat utama seperti Eastern  and Oriental Bhd, Zhuoyuan Iskandar, Macrolink, UEM Sunsrise, Mah Sing Group dan UMLand Bhd. -- Bernama 



Medini Iskandar, Mah Sing Group, Asia

Artikel Berikut

Artikel Lain