suria

Maxis Terima Notis Pengagihan Semula Spektrum

KUALA LUMPUR: Maxis Bhd telah menerima notis pengagihan semula spektrum jalur 900MHz dan 1800MHz, yang akan megurangkan spektrum sedia ada, masing-masing kepada 2 x 10 MHz dan 2 x 20 MHz.

Syarikat penyedia komunikasi dan perkhidmatan internet dalam satu kenyataan berkata ia maklum dengan keputusan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menukar yuran Penguntukan Radas tahunan ke bayaran Penguntukan Spectrum pendahuluan dengan kepastian jangka panjang bagi spektrum tersebut.

"Kami maklum bahawa SKMM mengakui bahawa bayaran ini perlu dilihat dalam perspektif tahap pelaburan yang tinggi yang akan diperlukan oleh industri untuk mencapai matlamat negara.

"Kami juga maklum bahawa fokus SKMM bagi mengembangkan spektrum yang ada untuk jalur lebar mudah alih, terutamanya 700MHz serta mengoptimumkan jalur 2300MHz dan 2600MHz," katanya.

Maxis berkata ia menerima notis suruhanjaya itu semalam dan akan membuat pengumuman selanjutnya selepas menjalankan kajian terperinci dan lebih kejelasan mengenai perkara itu.-- Bernama

Maxis, SKMM

Artikel Sebelum

Artikel Lain