suria

NEC Buka Kilang Keselamatan Siber Di Singapura

KUALA LUMPUR: NEC Corporation pada Rabu mengumumkan pelancaran rasmi Kilang Keselamatan Siber di Singapura sebagai tambahan terbaharu kepada portfolio global pusat-pusat operasi keselamatan.

Kilang Keselamatan Siber itu akan bekerjasama dengan Pusat Operasi Keselamatan NEC yang terletak di bahagian-bahagian strategik di dunia termasuk Jepun, bagi menyediakan satu rangkaian perkongsian risikan mengenai ancaman siber dan memberikan pemantauan selama 24jam dan tujuh hari seminggu kepada pelanggan, kata NEC dalam satu kenyataan.

Pengarah Urusan Bahagian Keselamatan Global Tan Boon Chin berkata ini sebagai barisan hadapan dalam pertahanan serangan siber yang boleh merosakkan reputasi dan kehilangan data peribadi, maklumat atau hasil, ini merupakan satu titik penting kepada NEC kerana ia membolehkan syarikat itu untuk bekerjasama dengan pelanggan bagi menjamin keselamatan sistem maklumat mereka.

"Pelancaran itu menepati jadual untuk senarai penyelesaian keselamatan awam kami, yang telah dipilih oleh kerajaan dan syarikat untuk melindungi rakyat dan harta mereka dengan lebih berkesan bagi mewujudkan bandar-bandar dan masyarakat yang lebih selamat," katanya.

NEC sudah bekerjasama dengan kerajaan Singapura untuk mengukuhkan kesediaan negara dalam memerangi ancaman siber.

Pada tahun 2014, NEC mengasaskan Kilang Keselamatan Siber pertama di Jepun sebagai unit khusus untuk menangani ancaman pencerobohan dan siber.

NEC

Artikel Sebelum

Artikel Lain