suria

Fitch Kekalkan Penarafan Malaysia Pada 'A-'

SINGAPURA: Fitch Ratings mengekalkan penarafan Malaysia pada 'A-' dengan unjuran stabil.

Dalam satu kenyataan, Pengarah Bersekutu, Penarafan Negara Fitch Ratings Sagarika Chandra, berkata kedudukan kecairan luar Malaysia merosot disebabkan pengaliran keluar modal besar serta kerugian rizab tukaran asing.

Namun, katanya kecairan luar (seperti yang diukur oleh metrik Fitch yang lebih luas) masih kekal melepasi A.

Sagarika berkata berdasarkan kedudukan besar pegangan bukan penduduk yang memiliki Sekuriti Kerajaan Malaysia, Malaysia masih terdedah kepada peralihan dari segi sentimen pelabur, susulan kenaikan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan Us (Fed).

Fed pada Rabu, menaikkan kadar faedah, buat kali pertama selepas hampir sedekad, sebanyak 0.25 mata peratus.

Bagaimanapun katanya kadar tukaran yang fleksibel dan aset luar kasar yang besar, akan terus menampung pendedahan Malaysia kepada kedudukan itu.

Sagarika juga berkata keupayaan agensi domestik seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, menyediakan dana, andai berlaku jualan besar-besaran oleh bukan pendduuk, dijangkakan akan terus menyokong keperluan pembiayaan domestik.

Fitch

Artikel Sebelum

Tiada Jalan Mudah Untuk PKS

Artikel Berikut

Artikel Lain