suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Biotechcorp Melalui Anak Syarikat Umum Pelaburan Baharu

NUSAJAYA: Perbadanan Bioteknologi Malaysia (BiotechCrop) melalui syarikat usahasamanya, Malaysian Bio-Xcell Sdn Bhd akan mengumumkan pelaburan baharu berasaskan penggunaan sumber dari industri kelapa sawit pada suku pertama tahun depan.

Ketua Pegawai Operasinya, Razwin Sulairee Hasnan Termizi berkata, perbincangan mengenai pelaburan itu kini memasuki peringkat akhir bagi memuktamadkan pelbagai perkara termasuk reka bentuk produk.

"Ia merupakan satu pelaburan yang besar dan akan diumumkan Bio-XCell pada penggal pertama tahun depan," katanya kepada pemberita selepas pelancaran Purple Fiesta di pejabat Bio-Xcell di sini pada Sabtu.

Sekarang ini, BiotechCrop difahamkan sudah mengenalpasti tiga negeri yang akan menjayakan pelaburan tersebut.

Ianya terdiri daripada Johor, Pahang dan Sabah kerana masing-masing merupakan pengeluar utama kelapa sawit negara.

"Bagi Johor, ia berada di posisi yang baik kerana sudah mempunyai bahan mentah dan sokongan aplikasi yang mencukupi untuk membangunkan sumber kelapa sawit kepada produk bahan kimia baharu bagi menggantikan sumber petroleum," katanya.

Biotechcorp

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain