suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

AET Lantik Rajalingam Sebagai Presiden/CEO:

KUALA LUMPUR: American Eagle Tankers (AET), unit  petroleum kumpulan logistik tenaga Malaysia, MISC Bhd, melantik Kapten Rajalingam Subramaniam sebagai Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat, berkuat kuasa 1 Jan, 2016.

Dalam satu kenyataan, AET berkata Rajalingam sudah mengendalikan operasi AET sejak Julai, di samping jawatannya sebagai Naib Presiden Perkhidmatan Pengurusan Kumpulan di syarikat induk, MISC.

Presiden/CEO syarikat induk MISC Bhd, Yee Yang Chien berkata AET merupakan unit teras Kumpulan MISC, dan akan terus memain peranan penting dalam kumpulan itu pada masa depan.

"Saya yakin beliau akan terus mendokong standard tinggi yang dikehendaki pelanggan dan pemegang kepentingan kami dari syarikat perkapalan, kata Yee.

Rajalingam pula berkata: "Saya bangga mendapat penghormatan memegang jawatan ini. Ia berlaku semasa pasaran baharu pulih dan semasa kumpulan kami kembali cergas dan mengembangkan keupayaannya.

"AET mempunyai masa depan yang cerah dan saya mahu menjadi sebahagian daripanya."

Rajalingam memperoleh MBA dari Universiti Utara Malaysia dan merupakan Komander Kehormat Tentera Laut Diraja Malaysia.

AET, Rajalingam Subramaniam

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain