suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sime Darby Raih Tiga Anugerah Kecemerlangan Hartanah 2015 The Edge

KUALA LUMPUR: Sime Darby Property meraih tiga anugerah pada majlis anugerah Kecemerlangan Hartanah 2015 The Edge Malaysia.

Anugerah berkenaan adalah bagi Ketua Pegawai Eksekutif Cemerlang The Edge, Pemaju Hartanah Terbaik dan Perumahan Bandar Cemerlang Mampu Milik The Edge.

Dalam satu kenyataan hari ini, Sime Darby Property berkata Pengarah Urusan  Tan Sri Abd Wahab Maskan dianugerahkan "Ketua Pegawai Eksekutif Cemerlang The Edge" di atas kejayaan beliau membawa syarikat mengharungi persekitaran pasaran yang mencabar dan terus mengekalkan kedudukan bahagian sejak bertahun-tahun.

Mengulas mengenai anugerah lain, Timbalan Pengarah Urusan Datuk Jauhari Hamidi berkata ia menandakan kerja keras syarikat dalam meningkatkan jenama dalam industri, terutamanya apabila berhadapan dengan persekitaran pasaran semasa yang mencabar.-- Bernama 



Sime Darby Property, The Edge

Artikel Lain