suria

Eksport Malaysia Berkembang Meskipun Keadaan Tidak Menentu

KUALA LUMPUR: Dengan perdagangan luar dan eksport menjadi sumber utama pertumbuhan bagi ekonomi Malaysia, keadaan tidak menentu yang menjejaskan pasaran global memberi kesan ketara kepada prospek pertumbuhan negara ini, kata Global Trade Review (GTR).

Meskipun begitu, blok ASEAN mengekalkan paras pertumbuhan agak kukuh di samping menawarkan bekalan dan asas pembuatan kompetitif, menyediakan keyakinan bagi mereka yang melabur di rantau ini, kata penerbit dan penganjur acara yang berpangkalan di London itu dalam satu kenyataan.

Dalam ucap tama beliau pada Persidangan Perdagangan dan Kewangan Eksport Malaysia GTR 2015 pada 27 Okt, Pakar Ekonomi Kanan IHS Inc. bagi Apac, Rajiv Biswas mengetengahkan pertumbuhan kukuh tahun ke tahun kuantiti eksport Malaysia meskipun keadaan ekonomi tidak menentu yang menyebabkan pengurangan permintaan daripada rakan dagangan utama.

"Pertumbuhan eksport sebahagiannya disumbang daripada penurunan nilai Ringgit Malaysia dan membawa kepada peningkatan daya saing eksport Malaysia," katanya.

Sementara itu, Produser Persidangan Kanan bagi GTR George Mitchell berkata:  "Persoalannya sekarang bergantung kepada keupayaan Asia -- dan terutamanya China -- untuk terus bertindak sebagai enjin bagi pertumbuhan perdagangan global, yang membawa kepada gelombang turun naik dalam pasaran kewangan dan barangan fizikal.

"Syarikat dan pembiaya kini perlu mengkaji semula strategi mereka untuk mencapai pertumbuhan dan juga menangani risiko," katanya.

Eksport, GTR

Artikel Lain