suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mah Sing Terus Lancar Rumah Mampu Milik

KUALA LUMPUR: Pemaju Terbaik Anugerah Pilihan Pengguna iProperty.com 2015, Mah Sing Group Bhd, akan terus menyokong kehendak pasaran yang mahukan rumah mampu milik, menerusi pelancaran projeknya yang akan datang.

Dalam satu kenyataan, Mah Sing berkata projek berkenaan termasuk Rumas Teres Kediaman (daripada RM350,000) di Meridin East, Savanna 2 di Southville City@KL South, Bangi (daripada RM368,000) dan kediaman perkhidmatan DSara Sentral  Tower 3 (daripada RM620,000).

Mengenai anugerah yang diterima semalam, Pengarah Urusannya Tan Sri Leong Hoy Kum berkata perakuan itu merupakan bukti kepercayaan awam ke atas produknya.

"Bersama pasukan kami, kami memberi jaminan untuk bekerja keras untuk melaksanakan janji jenama kami - membangunkan gaya hidup utama," katanya.

Kumpulan itu kini mempunyai 46 projek di seluruh kawasan tumpuan utama ekonomi di seluruh negara iaitu di Lembah Klang, Johor Baharu (Iskandar Malaysia), Pulau Pinang dan Kota Kinabalu.

Mah Sing

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain