suria

Protasco Dapat Kontrak Bina Pejabat AFC Bernilai RM44 Juta

KUALA LUMPUR: Syarikat kejuruteraan bersepadu dan infrastruktur, Protasco Bhd, meraih kontrak bernilai RM44 juta daripada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Protasco berkata unitnya, HCM Engineering Sdn Bhd, menerima surat penerimaan bagi reka bentuk dan pembinaan tambahan bangunan pejabat empat tingkat dengan tempat letak kereta di tingkat bawah tanah kepada kemudahan sedia ada yang terletak di Bukit Jalil di sini.

"Kontrak itu akan siap dalam tempoh 18 bulan menjelang Mac 2017," katanya dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Rabu.

AFC, Protasco

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain