FGV-Pusat Penyelidikan Tenaga Belanda Hasilkan Pelet Bahan Api - Niaga | mStar

FGV-Pusat Penyelidikan Tenaga Belanda Hasilkan Pelet Bahan Api

FGV

KUALA LUMPUR: Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), pengeluar minyak sawit mentah (MSM) terbesar di dunia, bekerjasama dengan Pusat Penyelidikan Tenaga Belanda (ECN) untuk menghasilkan pelet bahan api berkualiti tinggi.

Anak syarikat FGV, FGV Applied Technologies (FGVAT), telah menandatangani  perjanjian kerjasama dengan ECN dalam program penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi tempoh 18 bulan untuk menggunakan teknologi Torwash ECN.

Semua Harta Intelek (IP) yang dihasilkan menerusi program itu akan menjadi  hak milik bersama, kata kedua-dua pihak dalam satu kenyataan bersama.

"Teknologi ini akan digunakan untuk mengubah tandan buah kosong sebagai bahan api pelet berkualiti tinggi yang boleh digunakan bersama dalam loji tenaga arang batu.

"Kilang perintis Torwash akan dibina di kilang Pusat Teknologi Biomas (MBTC) di Kompleks Penyelidikan PPTR FGV di Tekam, Pahang," kata Ketua R and D dan Kelompok Perkhidmatan Agri FGV, S. Palaniappan.

Beliau berkata, teknologi TORWASH dijangka menjana kira-kira RM10 juta bagi setiap kilang setahun, selari dengan aspirasi global FGV untuk mewujudkan produk biomas yang lebih mampan dan menguntungkan.

FGV berkata syarikat itu menjangkakan potensi pasaran yang besar untuk peket bahan api berkualiti tinggi ini, dan untuk permulaan ia mengintai peluang untuk menembusi Korea Selatan dan Jepun, dengan permintaan untuk pelet bahan api, terutama bagi tenaga alternatif mesra alam dan rendah karbon, yang semakin meningkat.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi ECN, Robert Kleiburg berkata perolehan global industri tenaga boleh baharu menunjukkan pertumbuhan yang besar, dengan perolehan global lebih daripada AS$300 bilion pada tahun lepas berbanding AS$40 bilion pada 2004.

"Teknologi yang kami dibangunkan masih perlu melalui demonstrasi pertama.

Oleh itu, perkongsian dengan FGV sangat penting untuk bekerjasama dengan FGV bagi memastikan demonstrasi ini berjaya," katanya.-- Bernama


FGV , ECN , Harta Intelek

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Malakoff Minat Beli Aset Tenaga 1MDB

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

Artikel Lain