Maju TMAS Bawa Model TBS Ke Colombo - Niaga | mStar

Maju TMAS Bawa Model TBS Ke Colombo

KUALA LUMPUR: Selepas kejayaan Terminal Pengangkutan Bersepadu Bandar Tasik Selatan (TBS) di sini, Maju TMAS Sdn Bhd akan bekerjasama dengan kerajaan Sri Lanka untuk membawa model TBS di Colombo, ibu negara tersebut.

Pengarah Urusan Maju TMAS Roslan Shariff berkata kerjasama itu akan menyaksikan pertukaran teknologi antara Maju TMAS dan Sri Lanka.

"Bagaimanapun, belum ada tempoh masa muktamad lagi (untuk menyiapkan projek itu) memandangkan Sri Lanka akan memperkemaskan keperluan bagi projek berkenaan.

Ia akan mengambil masa untuk mereka merangka jenis model bagaimana yang mereka inginkan," katanya kepada Bernama dalam temubual baru-baru ini.

Maju TMAS, merupakan anak syarikat Maju Holdings Sdn Bhd, dilantik oleh kerajaan Malaysia sebagai pengendali TBS, yang menguruskan 40,000 pengguna harian.

Syarikat itu menandatangani perjanjian kerjasama dengan Kementerian Pengangkutan Sri Lanka untuk pemindahan teknologi, pengalaman dan kepakaran berkaitan bagi mewujudkan hab pengangkutan bersepadu di Colombo.

"Ini adalah kelebihan bagi Malaysia kerana kita mampu memindahkan teknologi kita untuk pengangkutan awam yang lebih luas ke negara lain," kata Roslan.

Beliau berkata TBS turut menarik minat negara lain termasuk Indonesia dan Filipina.

TBS adalah sebahagian daripada usaha Bidang Keberhasilan Utama Negara oleh kerajaan, dalam meningkat pengangkutan awam bandar yang akan membantu melonjak penggunaan pengangkutan awam dalam negara.

TBS yang menghubungkan pelbagai sistem pengangkutan awam termasuk bas, teksi, kereta api dan penerbangan itu menjual 7.44 juta tiket melalui sistem tiket berpusat dengan nilai RM152.12 juta dan menguruskan 1.27 juta perjalanan dari 1 Jan, 2011 hingga 6 April, 2015.

TBS , Maju TMAS

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Artikel Lain