suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Inflasi Di China Kekal 1.4 Peratus

BEIJING: Inflasi China kekal pada 1.4 peratus pada Mac, kadar yang tidak berubah dari Februari, menurut Biro Perangkaan Negara (NBS).

Berdasarkan bulanan, biro tersebut berkata Indeks Harga Pengguna (IHP), bagaimanapun, susut kepada 0.5 peratus daripada 1.2 peratus pada Februari.

Pakar ekonomi kanan NBS, Yu Qiumei, berkata penurunan yang berlaku pada Mac adalah disebabkan penyesuaian harga selepas sambutan Tahun Baru China.

"Harga makanan susut berikutan permintaan makanan segar yang rendah selepas Festival Musim Bunga.

"Selain itu cuaca yang panas selepas cuti tersebut memberi kesan terhadap kecukupan bekalan makanan, yang menurunkan harga sayur-sayuran sebanyak 8.9 peratus dari bulan sebelum itu," kata Yu.

Yu berkata para pekerja juga telah kembali bertugas pada Mac dan penyesuaian harga dalam industri perkhidmatan selepas cuti itu juga memberi kesan kepada penyusutan IHP pada Mac.

Dalam data berasingan, NBS berkata Indeks Harga Pengeluar, yang mengukur inflasi pada peringkat pemborongan, jatuh 4.6 peratus dari tahun sebelumnya pada Mac.

Inflasi

Artikel Lain