suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

IBM: Mihas Catat Jualan RM443.16 Juta

KUALA LUMPUR: Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (Mihas) 2015 mencatatkan jualan sebanyak RM443.16 juta (AS$122.17 juta) melalui program Misi Belian Akan Datang (IBM) pada 31 Mac.

Jualan berkenaan hasil daripada 2,787 pertemuan perniagaan yang diatur sebelumnya antara syarikat-syarikat antarabangsa dan 850 pengeksport Malaysia dari 465 syarikat.

"Negara peserta utama pada IBM termasuk China, Algeria, Indonesia, Thailand dan Qatar," demikian menurut Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) dalam satu kenyataan, Jumaat.

Mihas, antara pameran perdagangan bersepadu utama dunia bagi perkhidmatan dan produk halal, dianjurkan Matrade.

Mihas tahun lepas mencatatkan jualan sebanyak RM477.3 juta.


Mihas, IBM, Matrade

Artikel Lain