Destini Prima Sasar Jadi Penyedia Perkhidmatan MRO - Niaga | mStar

Destini Prima Sasar Jadi Penyedia Perkhidmatan MRO

LANGKAWI: Destini Prima Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Destini Bhd, menyasarkan untuk menjadi penyedia perkhidmatan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) yang utama di rantau ini selepas meraih kontrak tiga tahun bernilai RM8 juta daripada Kementerian Pertahanan.

Pengarah Eksekutifnya, Mejar Kabol Surat berkata kontrak itu melibatkan penyediaan perkhidmatan MRO rakit dan jaket keselamatan, selain menggantikan peralatan untuk Tentera Laut Diraja Malaysia.

Beliau berkata perkhidmatan tersebut akan dilaksanakan oleh kakitangan  berkemahiran tinggi daripada Destini Prima.

"Pemberian kontrak ini mengesahkan kami berada di landasan yang betul untuk mengekalkan keuntungan kami dan menyumbang kepada kestabilan kewangan kumpulan ketika kami melangkah ke hadapan," katanya kepada Bernama di luar Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2015 di sini, Jumaat.

Beliau berkata kumpulan mempunyai beberapa projek baharu dalam perancangan yang mempunyai prospek positif pada masa depan.

"Dengan mengimbangi aliran pendapatan kami antara saluran tempatan dan antarabangsa, kami yakin kami dapat terus berkembang dengan kukuh dari aspek operasi dan capaian pasaran selain terus memberikan nilai kepada pihak berkepentingan kami," katanya.

Kabol berkata kontrak itu hasil daripada perjanjian yang ditandatangani baru-baru ini dengan Survitec Group International Ltd. (Survitec), pengeluar utama bagi peralatan 'survival' peribadi dalam industri aeroangkasa, pertahanan dan marin.

Ia bukti kepada kecekapan teknikal yang tinggi dan penyampaian perkhidmatan bertaraf dunia yang disediakan oleh kumpulan, katanya sambil menambah ia merupakan contoh terbaik bahawa syarikat Malaysia bukan sahaja kompetitif tetapi juga cemerlang di peringkat tempatan dan antarabangsa.

"Sebagai syarikat tempatan, kami mengambil tanggungjawab ini dengan serius, dan berjanji akan melakukan yang terbaik untuk memenuhi semua keperluan mereka," katanya.

Beliau berkata kumpulan itu merupakan satu-satunya organisasi yang melaksanakan MRO bagi peralatan berkaitan 'survival' dan keselamatan untuk agensi marin dan penerbangan tentera di Malaysia selama lebih 10 tahun.

"Kami amat berterima kasih atas keyakinan terhadap kami dalam memberikan kontrak ini dan kami komited untuk memastikan sokongan dan bantuan pada standard tertinggi kepada anggota berpakaian seragam kita," katanya. 

Destini Prima , Lima'15

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain