AirAsia Akan Jual Pesawat Bernilai RM7.39 Bilion - Niaga | mStar

AirAsia Akan Jual Pesawat Bernilai RM7.39 Bilion

KUALA LUMPUR: AirAsia Bhd akan menjual pesawat benilai  US$2 bilion (RM7.39 bilion), kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tan Sri Tony Fernandes, Jumaat.

"Pemilikan pesawat (selama ini sudah menguntungkan). Kami memiliki 150 pesawat. Kami akan menjual (beberapa) yang bernilai sekurang-kurangnya US$2 bilion," katanya menerusi Twitter.

Beliau mematahkan cakap-cakap bahawa syarikat penerbangan berkenaan akan mengumpul ekuiti.

"Ada cakap-cakap bahawa kami mahu mengumpul ekuiti. Salah sama sekali. Pada harga saham kami mengapa kami perlukan?. Tambahan pula kami tidak perlukan tunai. Kami mempunyai tunai yang kukuh untuk mengurus operasi," katanya.

AirAsia baru-baru ini mengumumkan pengurangan kepentingannya dalam syarikat perjalanan dalam talian, AAE Travel Pte Ltd (AAE), daripada 50 peratus kepada 25 peratus.

Ia menjual 25 peratus saham kepada Expedia Inc untuk sejumlah US$86.25 juta (kira-kira RM318.75 juta), memperoleh US$78.76 juta (RM291 juta) hasil daripada pelupusan itu.

Fernandes juga berkata harga saham AirAsia merupakan saham paling kurang nilai berbanding sebenar dalam kesemua syarikat penerbangan dunia yang matang.

Pada 10.04 pagi, harga saham AirAsia tidak berubah pada RM2.23.

AirAsia

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain