suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Yeo's Sasar RM100 Juta Bagi Jualan Yeogurt

KUALA LUMPUR: Yeo Hiap Seng (Malaysia) Bhd (Yeo's) menjangkakan minumannya yang baru dilancarkan 'Yeo's Yeogurt' akan menjana RM100 juta bagi jualan dalam tempoh tiga tahun.

Minuman baharu itu akan diterima baik oleh pasaran memandangkan produk berkhasiat sedia digunakan sentiasa mendapat permintaan, Ketua Pengawai Operasi Ong Chay Seng berkata kepada pemberita selepas pelancaran produk berkenaan di sini, Khamis.

Beliau berkata 'Yeo's Yeogurt' dijangka menyumbangkan kira-kira RM50 juta bagi jualan tahun ini.

"Kami menyasarkan pertumbuhan pendapatan sebanyak 10 peratus tahun ini," kata Ong, dengan menambah syarikat merekodkan pendapatan RM700 juta bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Dis, 2014.

"Yeo's Yeogurt, minuman yang tidak perlu disejukkan itu mengandungi susu serta asid laktik dan akan kekal segar walaupun disimpan dalam persekitaran  sekeliling," katanya, dengan menambah Yeo's menggunakan proses pembungkusan dan pemprosesan polyethylene terephthalate (PET) untuk memberikan produk berkualiti tinggi.

Yeo's juga merancang untuk mengeksport produk baharu itu ke Indonesia dan negara ASEAN yang lain menjelang hujung tahun.

"Produk ini dipasarkan di Singapura dan telah menerima maklum balas yang baik," katanya.

Yeo's

Artikel Lain