Nilai Mata Wang Rupiah Merudum - Niaga | mStar

Nilai Mata Wang Rupiah Merudum

JAKARTA: Nilai tukaran mata wang Indonesia, Rupiah semakin merudum sehingga ke paras sekitar Rp 13.000 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Menurut sebuah portal berita Liputan6.com, data nilai asing hari ini menunjukkan nilai tukaran rupiah masih pada sekitar 12.993-13.052 berbanding dolar AS.

Rupiah mencatatkan kejatuhan ke paras 13.048 pada pagi tadi dengan nilai 12.900 berbanding dolar AS.

Portal itu turut memetik hasil analisis ahli ekonomi yang menunjukkan rupiah kini berada pada kedudukan yang sangat lemah.

Bagaimanapun, Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla baru-baru ini dipetik sebagai berkata kejatuhan nilai rupiah itu bagaimanapun tidak memberi kesan yang mendadak kepada eksport.

Katanya setakat ini, kerajaan tidak akan melakukan intervensi untuk menguatkan nilai tukaran rupiah kerana kejatuhannya lebih banyak disebabkan faktor luaran.

Beliau berkata langkah utama yang akan dilakukan kerajaan ketika ini ialah memperbaiki imbangan pembayaran.

Jusuf berkata Indonesia mempunyai Undang-undang Mata Wang berkaitan kegunaan rupiah untuk transaksi.

Rupiah , Indonesia

Artikel Berikut

QNet Buka Pejabat Di Myanmar

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain