suria

Gagal Daftar GST, 219 Syarikat Dikompaun RM3.28 Juta

JOHOR BAHARU: Sebanyak 219 syarikat atau peniaga di negeri ini dikenakan kompaun sebanyak RM3.28 juta kerana gagal mendaftarkan perniagaan mereka selepas tamatnya tempoh pendaftaran Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) pada 28 Feb.

Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) negeri Datuk Ramli Johari berkata kompaun yang dikeluarkan itu adalah hasil operasi CBP yang dibuat pihaknya di setiap daerah sejak 1 Mac.

"Atas arahan Ketua Pengarah Kastam, kita sudah memulakan operasi untuk mengesan dan mendaftarkan syarikat-syarikat ini secara paksa bermula Ahad lalu dan berakhir 15 Mac ini.

"Bagaimanapun, kita perlu berusaha lagi (dalam operasi) kerana mengikut maklumat, terdapat sejumlah 4,741 syarikat atau peniaga belum berdaftar CBP di negeri ini, dengan 2,724 syarikat terletak di Johor Baharu, 548 (Batu Pahat), 1,118 (Muar) dan 351 (Kluang)," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sebelum menyertai operasi CBP di Plaza Mentari, di sini, Khamis.

Ramli berkata secara keseluruhan pihaknya juga menyediakan seramai 90 pegawai untuk melakukan operasi itu di seluruh Johor.

CBP yang berkadar pada enam peratus bakal menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 16 peratus, bermula 1 April ini.

Setakat 28 Feb lalu, sebanyak 44,694 syarikat atau peniagaan di Johor mendaftar untuk CBP sama ada secara in-situ (pendaftaran di premis ketika operasi), menerusi Kiosk CBP atau mendaftar sendiri secara dalam talian.

GST

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain