suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ringgit Tinggi Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR: Ringgit melantun dan ditutup tinggi berbanding dolar AS dalam dagangan lewat Selasa bagi menampung kekurangan, selari dengan kedudukan mata wang serantau yang kukuh, kata seorang peniaga.

Pada 5 petang, mata wang tempatan ditutup pada 3.6250/5280 berbanding dolar daripada 3.6290/5320 pada penutup Isnin.

Peniaga itu berkata kebanyakan mata wang ekonomi pesat membangun Asian mengukuh apabila yen meningkat berbanding dolar susulan ulasan penasihat ekonomi Jepun mengenai dolar yang mengheret turun indeks.

Dolar AS yang memuncak selama 11 hari turut berbanding sekumpulan mata wang utama yang lain.

Ringgit didagangkan tinggi berbanding mata wang utama lain.

Unit tempatan itu mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 2.6586/6612 daripada 2.6590/6630 pada Isnin dan tinggi berbanding pound British kepada 5.5691/5759 daripada 5.5868/5929.

Ringgit rendah berbanding yen kepada 3.0276/0314 daripada 3.0254/0284, Isnin namun tinggi berbanding euro kepada 4.0549/0594 daripada 4.0616/0660.

ringgit, dolar AS, euro

Artikel Lain