suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Icon Offshore: Kontrak Petronas Carigali Akan Tingkatkan Nilai Kontrak

KUALA LUMPUR: Pembekal kapal sokongan luar pantai, Icon Offshore Bhd, menjangkakan kontrak penyewaan kapal-kapal marin yang diperolehi oleh anak syarikatnya daripada Petronas Carigali Sdn Bhd akan meningkatkan nilai kontrak dalam tangan semasanya yang berjumlah RM760.2 juta.

Syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata anak syarikat milik sepenuhnya, Icon Offshore Group Sdn Bhd telah menerima surat anugerah untuk kontrak tersebut.

Icon akan menyediakan kapal-kapal marin dalam kategori kapal tunda pengendalian sauh, kapal bekalan langsung, kapal bekalan pelantar, kapal utiliti, bot dan tongkang kerja.

Bagaimanapun, ia tidak mendedahkan nilai kontrak tersebut yang akan berkuatkuasa serta merta dan berterusan untuk tempoh dua tahun dengan opsyen penyambungan selama setahun.

Harga sahamnya ditutup pada 79 sen hari ini, turun sebanyak setengah sen.

Icon Offshore, Petronas Carigali

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain