suria

Perintah Duti Kastam Baharu Bagi ACFTA Mulai 2 Mac

KUALA LUMPUR: Perintah Duti Kastam, berdasarkan Asean Harmonised Tariff Nomenclature (AHTN) 10-digit yang diwartakan di bawah Perjanjian Perdagangan Bebas Asean-China (ACFTA), akan berkuat kuasa 2 Mac ini.

Menurut Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) dalam kenyataan, semua pengisytiharan kastam bagi pengimportan dan pengeksportan barangan dari dan ke China dan sebelum ini berdasarkan Kod Seragam (HS) "Perintah Duti Kastam (PDK)" 2012, kini perlu menggunakan Kod HS Perintah Duti Kastam ACFTA AHTN 2012 yang baharu.

Ini melibatkan perubahan daripada Kod HS 9-digit kepada Kod HS 10-digit AHTN, katanya.

"Malaysia kini melangkah ke arah memansuhkan PDK dan akan menggunakan struktur AHTN bagi semua FTA dan perubahan ini tidak akan membawa kepada pengurangan komitmen tarif seperti dipersetujui di bawahnya," kata Miti.

Perubahan itu juga untuk menjayakan matlamat Malaysia ke arah melaksanakan penamaan tarif tunggal menjelang 2017.

duti kastam, ACFTA, AHTN

Artikel Lain