suria

ABB Peroleh Kontrak Kemudahan FLNG Petronas Di Korea Selatan

KUALA LUMPUR: ABB Group memperoleh kontrak bernilai lebih RM178.649 juta (AS$50 million) untuk membekalkan sistem elektrik bagi kemudahan gas asli cecair terapung Petronas, "PFLNG2" di Geoje, Korea Selatan.

Mengikut kontrak itu, ABB akan menyokong pengoptimuman bahagian elektrik kemudahan itu dengan mereka bentuk, pembuatan dan pembekalan alat pengubah, papan suis, pusat kawalan motor dan sistem pengurusan kuasa.

ABB juga akan menguruskan pemasangan peralatan dan memastikan bekalan elektrik disepadukan dengan sistem kuasanya, kata ABB dalam satu kenyataan.

Kontrak tersebut dianugerahkan pada suku keempat 2014 oleh kontraktor kejuruteraan Jepun, JGC Corporation, iaitu sebahagian daripada konsortium yang membina kemudahan itu untuk Petronas.

Presiden Bahagian Proses Automasi ABB, Peter Terwiesch, berkata ABB diletakkan di kedudukan yang baik untuk menjalankan projek tersebut, dengan memberikan pengalamannya dalam penghasilan apungan, asas pembuatan yang besar dan penyelesaian inovasi bagi minyak dan gas luar persisir.

PFLNG2, kemudahan FLNG komersil pertama dunia yang dimiliki Petronas, akan dibina tahun ini di tapak Samsung Heavy Industries dan ia dijangka mula beroperasi pada 2018.


ABB Group, PLNG, Petronas, Korea Selatan

Artikel Lain