suria

Firefly Lancar 'FlyPremier' Untuk Pengguna Sering Mengembara

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan jarak dekat Firefly melancarkan perkhidmatan terbaharu 'FlyPremier' untuk mereka yang kerap mengembara.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ignatius Ong berkata, FlyPremier antara lain membolehkan penumpang menikmati satu pertukaran penerbangan secara percuma, tambahan 10kg elaun bagasi, akses ke Firefly Biz Zone di Terminal Subang Skypark dan pilihan tempat duduk bebas.

Perkhidmatan itu boleh ditempah menerusi laman web Firefly dua jam sebelum penerbangan berlepas, katanya dalam satu kenyataan.

Ong berkata sempena cuti perayaan Tahun Baharu Cina, Firefly juga menawarkan tiket sehala RM68 untuk semua destinasi domestiknya.

Tempoh perjalanan adalah antara 26 Jan dan 24 Okt yang promosinya bermula 26 Jan lepas dan berakhir 8 Februari ini.

Tiket penerbangan sehala untuk destinasi antarabangsa seperti Medan, Batam, Pekanbaru, Singapura, Koh Samui dan Krabi ditawarkan pada harga bermula RM108.

Ong berkata, pengguna digalak menggunakan perkhidmatan daftar masuk secara dalam talian dan web.

Firefly, FlyPremier, Subang Skypark

Artikel Lain