suria

Unisys Bekalkan Sistem Awan Kepada Maskargo

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines Kargo (MASkargo) akan menggunakan Sistem Pengurusan Logistik (LMS) Unisys berasaskan awan daripada  Unisys Corporation untuk mengendalikan perkhidmatan kargo domestik dan antarabangsanya.

Dalam kenyataan Selasa, Unisys berkata, di bawah kontrak dengan Malaysian Airline System Bhd, Unisys akan menggantikan sistem berasaskan kerangka utama dalaman semasa MASkargo dengan perkhidmatan LMS.

Sistem Unisys akan berhubung dengan sistem pengurusan perolehan dan gudang berautomasi MASkargo, yang akan membolehkan syarikat penerbangan mengurangkan kos berbanding mengendalikan sistem dalaman, dan membolehkan penambahbaikan yang akan digunakan setiap bulan dan tersedia dengan segera untuk pelanggan.

"Kami gembira untuk mengalu-alukan MASkargo ke dalam komuniti syarikat penerbangan terkemuka kami dengan menggunakan LMS kami dan kami berupaya untuk menyediakannya dan bekerja dengan sistem pengurusan perolehan dan gudang khas MASkargo dalam tempoh beberapa bulan," kata Naib Presiden Unisys Logistics Solutions, Christopher Shawdon.

MASkargo, LMS, Unisys, Christopher Shawdon

Artikel Lain