suria

Tun M Lancar Dua Projek Pembangunan Di Sri Lanka

NEW DELHI: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dijadual melancarkan dua projek pembangunan oleh dua syarikat Malaysia di Sri Lanka, lapor Colombo Page.

Menurut laporan akhbar berkenaan, beliau akan melancarkan projek pembangunan perumahan di cadangan bandar raya baharu Hambantota pada Selasa dan projek pembangunan bercampur-campur di Zon Pemprosesan Eksport Katunayake (ZEPK) pada Rabu.

Hambantota terletak kira-kira 236 kilometer dari Colombo, ibu negara Sri Lanka manakala ZEPK berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Bandaranaike dan kira-kira 33 kilometer dari pusat bandar raya itu.

Syarikat Malaysia yang terbabit dalam kedua-dua projek berkenaan ialah Quest Ventures dan Kumpulan Maju. 

Mahathir Mohamad, Sri Lanka, ZEPK

Artikel Lain