suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Misi MTC Ke Pasaran Mena Peroleh Tempahan Bernilai RM6 Juta

KUALA LUMPUR: Misi pemasaran Majlis Perkayuan Malaysia (MTC) ke Qatar, Oman dan Kuwait bagi meningkatkan eksport perkayuan ke pasaran Timur Tengah dan Afrika Utara (Mena) telah memperoleh tempahan eksport bernilai kira-kira RM6 juta.

Dalam satu kenyataan pada Isnin, MTC berkata, misi itu yang melibatkan 12 syarikat tempatan, membawa kepada peningkatan aktiviti pembinaan dan permintaan kepada produk kayu keras berkualiti.

Pengarah Promosi Perdagangan dan Pembangunan MTC, Dr Eric Ng, berkata, misi itu berupaya menyerlahkan permintaan positif kepada produk kayu Malaysia dan menjalin hubungan perdagangan dua hala yang kukuh dengan peneraju pasaran utama di Timur Tengah.

Beliau berkata, Timur Tengah telah menjadi rakan perdagangan yang semakin penting untuk sektor perkayuan Malaysia.

"Dengan keupayaan kita dan sumber yang banyak, kita berada dalm kedudukan baik untuk memenuhi pertambahan permintaan untuk produk perkayuan di rantau berkenaan," kata Ng.

Misi itu memberi tumpuan kepada kayu bergergaji, kayu kumai, produk panel dan kayu berlapis seperti beruti dan glulam.

Tahun lepas, eksport produk kayu Malaysia ke pasaran sedang membangun, terutama di negara Timur Tengah menunjukkan pertumbuhan positif berikutan projek mega di negara terbabit memilih produk perkayuan Malaysia.

Jumlah eksport kayu dan produk kayu Malaysia ke Qatar, Oman dan Kuwait masing-masing menyumbang RM67.2 juta, RM96.8 juta dan RM112 juta, menjadikan 24 peratus daripada keseluruhan eksport perkayuan Malaysia ke negara Majlis Kerjasama Teluk pada 2013.


Mena, Oman, MTC, Eric Ng, kayu

Artikel Berikut

Artikel Lain