suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tune Hotels Buka Hotel Di Newcastle, UK

KUALA LUMPUR: Tune Hotels telah membuka hotelnya yang keenam di United Kingdom (UK) dalam usaha meningkatkan kehadirannya di negara itu.

Terletak di tengah pusat bandar Newcastle, hotel 104 bilik itu dirasmikan hari ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tune Hotels, Mark Lankester dalam satu kenyataan.

Ia terletak di Proctor House, hanya 600 meter dari stesen kereta api Newcastle Central.

Rangkaian global itu sudah pun ada empat hotel di London dan sebuah lagi di Edinburgh. Sebuah hotel bakal dibuka di Canary Wharf, London.

Bayaran penginapan rangkaian Tune Hotels UK bermula daripada £25 satu malam.

Lankester berkata, Tune Hotels merancang memiliki 25 hotel di seluruh UK dengan pelaburan lebih £200 juta dengan rakan kongsinya dalam masa lima tahun akan datang.

"Kami akan menyasarkan bandar perniagaan utama seperti London, Manchester, Birmingham dan Leeds, di samping bandar universiti di mana konsep kami terbukti amat popular," tambahnya.

Tune Hotels

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain