suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

MPOC Jangka Harga Minyak Sawit Mentah Naik Tahun Depan

KUALA LUMPUR: Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) menjangkakan harga minyak sawit mentah (MSM) meningkat antara RM2,100 dan RM2,500 tahun depan, didorong oleh faktor-faktor seperti peningkatan permintaan bahan api bio dan harga petroleum.

Ketua Pegawai Operasinya Tan Sri Yusof Basiron berkata selain faktor bekalan dan permintaan, permintaan terhadap bahan api bio dan peningkatan harga petroleum akan menentukan jumlah bio diesel yang akan diperlukan.

"Pengumuman oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Douglas Uggah Embas, untuk mengenakan syarat penggunaan tujuh peratus minyak sawit dalam biodiesel daripada lima peratus sekarang, merupakan langkah yang akan mengukuhkan harga MSM," katanya.

Basirom berkata demikian pada Seminar dan Pesta Perdagangan Minyak Sawit Antarabangsa MPOC di sini, pada Selasa.

Uggah dilaporkan berkata langkah itu bertujuan mengurangkan jumlah stok dan meningkatkan harga tahun ini yang telah menurun sehingga 20 peratus.

Perlaksanaan baharu itu akan bermula secara berperingkat mulai November di Semenanjung Malaysia dan Disember depan untuk Sarawak, Sabah serta Wilayah Persekutuan Labuan, katanya.

Menurut Basiron, kerajaan juga sedang berusaha untuk menghapuskan faktor-faktor yang memberi tekanan ke atas harga melalui pengecualian duti eksport ke atas MSM.

"Ini akan menghapuskan sebarang faktor penurunan yang memberi kesan ke atas harga minyak sawit.

"Langkah ini juga akan merangsang eksport negara ini dan membantu merasionalisasikan paras stok memandangkan pengeluaran minyak sawit sekarang ini telah memasuki kitaran pengeluaran yang rendah," katanya.


MPOC

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain